WeLCoMe To The BloG...

Kepimpinan Baru G-shop

Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum w.b.t...
Pertama sekali marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah SWT yang tidak pernah jemu untuk menurunkan segala kurniaanNya kepada hamba-hambaNya tanpa memmerlukan sebarang balasan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar kita Nabi Muhammmad SAW yang telah berusaha sekeras-kerasnya supaya kita dapat menikmati Islam sehingga kini...Tidak lupa juga kepada mereka-mereka yang mengikuti sunnah Nabi.

Tahniah atas perlantikan baru kepimpinan Lajnah Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan (LPEK) Sekretariat Masjid Al-Hikmah 2010/2011. Diharapkan segala kelompangan yang dihasilkan daripada sesi kepimpinan yang lalu dapat anda atasi dan sekaligus dapat memperkembangkan G-shop ke arah yang lebih maju dengan berlandaskan sistem kewangan islam...
Amatlah kami harapkan supaya kepimpinan baru dapat menyebarkan kefahaman Islam kepada semua warga KAL khasnya dengan cara yang berkesan. Biarlah segala yang kita pelajari dalam kuliah itu dapat dipraktikkan di G-shop. Akhir sekali dari saya sendiri selaku salah seorang kepimpinan sesi lalu, semoga berjaya menghidupkan suasana dakwah islam dalam perniagaan di G-shop.

‘produk halal, tanggungjawab kita semua’…

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan??

Saturday, October 9, 2010

Assalamualaikum wtu...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.” (Riwayat at-Thabrani)

Dari hadis rasulullah ini dapatlah disimpulkan:
i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.
ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.
iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.
v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.
Secara kesulurunannya islam itu syumul dan meliputi semua aspek, bukan hanya dalam ekonomi bahkan dalam sosial dan politik jaga. Pada hakikatnya amalan islam itu ialah bermula dari kita tidur hingga kita tidur semula, kerana islam itu penuh dengan adap-adapnya yang tersusun rapi yang berlandaskan al-quran dan sunnah..
wasalam..