WeLCoMe To The BloG...

SELAMAT BERCUTI

Thursday, November 19, 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa di bumi KAL...syukur pada Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita telah pun selesai menghadapi satu semester yang sungguh mencabar ini. Selawat serta salam kepada kekasih Allah, Rasulullah SAW, kepada keluarga Baginda, para tabiin dan para pejuang-pejuang Islam.

Jika kita kenang-kenang kembali pada permulaan semester, terdapat banyak dugaan yang melanda. Terutama pada pelajar tahun 1 yang mana mereka ini dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menuntut ilmu ke bumi KAL tetapi ditimpa pula dengan masalah air yang memberi impak yang besar kepada semua warga KAL. Namun semua ini bukanlah penghalang untuk meneruskan niat kita dalam menuntut ilmu. Tanpa disedari, musim peperiksaan sudah pun selesai dan kini musim yang dinanti-nantikan pun tiba. Musim cuti semester pertama.

Tidak kira usia, bangsa, mahupun agama, kesemua mahasiswa mula menikmati musim cuti. Walau bagaimanapun, musim cuti bukan bererti cuti sepenuhnya. Kita hendaklah mengisi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berguna. Janganlah kita tinggalkan ilmu itu di kampus semata-mata dan dalam masa yang sama juga kita hendaklah memainkan peranan kita khalifah Allah yang menghiasi muka bumi ini dengan penghidupan dunia Islam.

saya akhiri dengan ucapan SELAMAT MENIKMATI CUTI SEMESTER...HIDUP ISLAM