WeLCoMe To The BloG...

perubahan BaRU

Sunday, January 3, 2010

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua warga kampus UMSKAL...

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana limpah kurniaNya yang memberikan kita kehidupan yang penuh dengan kemanisan. Kami daripada G-Shop ingin mengucapkan selamat kembali kepada semua dan semoga di tahun baru ini (2010), kita akan memiliki azam dan sekaligus membentuk ke arah yang terbaik. Biasanya pada tahun baru, kita akan memiliki banyak perubahan baru. Jika kita kenang-kenangkan pada zaman persekolahan peringkat sekolah rendah, pasti akan terkenangkan beg sekolah baru, pakaian sekolah baru, peralatan tulis baru, dan juga rakan-rakan yang baru. Pasti dengan kesemua barang baru tadi akan mencetuskan semangat dan juga azam yang baru untuk membina kehidupan baru yang jauh lebih baik berbanding kehidupan sebelum ini.

G-Shop juga tidak ketinggalan untuk membina satu perubahan yang baru dimana kami telah memasarkan salah satu produk yang terkenal dan juga dapat dijamin sebagai produk yang halal. Kami memasarkan produk-produk HPA iaitu produk-produk herba yang terdiri daripada pelbagai bentuk seperti minuman, makanan dan juga keperluan harian.

Antara produk yang kami sarankan adalah minuman kopi Radix yang dihasilkan daripada campuran 7 jenis herba. Minuman ini adalah sesuai bagi pelajar dimana ianya dapat menghilangkan pelbagai penyakit seperti asma, kandungan darah tinggi, dan pelbagai lagi. Walaupun ianya Kopi, tapi dijamin tidak mempunyai kandungan kafien.

Selain itu, minuman Radix juga terdapat dalam perisa Koko yang mana rasanya lebih baik berbanding minuman seperti milo.

Setakat ini sahaja untuk masa ini. Dan untuk mendapatkan kepastian, datanglah ke gerai kami G-Shop untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk-produk HPA.

sekali lagi dengan lafaz Assalamualaikum...