WeLCoMe To The BloG...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil fitri

Monday, September 20, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


assalamualaikum wtu.. Kami dari pihak G-Shop mengucapkan selamat manyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin dan selamat kembali ke kampus kepada seluruh umat islam di mana-mana jua anda berada dan kepada warga kal khususnya. alhamdulillah selelah bercuti di kampung dan ziarah menzirahi boleh lah kita mulakan sesuatu d bulan syawal ini terutamanya puasa 6.. setelah kita melakukan worming up pada bulan rejab dan syahban dan berlari pada bulan ramadhan, apa salahnya sekiranya kita ada kemampuan buatla pulak worming down di bulan syawal ini bagi menstabilkan kesihatan kita..

Renung-renungkan dan selamat beramail..

Sisa-sisa Ramadhan Ini..

Wednesday, September 1, 2010

Assalamualaikum w.t.u... Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bercuti kepada semua umat islam seluruh Malaysia amnya dan pelajar universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(UMSKAL)khususnya..

Pejam celik-pejam celik tanpa kita sedari kita sekarang berada di hujung bulan ramadhan dan hanya tinggal dalam tujuh atau lapan hari lagi kita akan meninggalkan bulan yang mulia ini.. Di saat ini marilah kita sama-sama koreksi diri masing-masing dan menghitung amalan kita.., Apa yang telah kita pertontotonkan kepada Allah? Adakah amalan kita da mencukupi?..(tepuk dada tanya iman)..

Sahabat-sahabat ku sekalian, selagi masa yang masih ada ini marilah kita meningkatkan amalan kita, kerana di fasa akhir ramadhan (fasa pembebasan dari api neraka) inilah Allah telah menyembunyikan sebuah rahsia yang sangat besar dari kita iaitu malam lai latul qadar,(subhanallah).. Semoga dengan usaha dan doa kita,InsyaAllah kita akan sama-sama bertemu dengan malam seribu bulan ini.. Oleh itu, berusahalah untuk tidur seawal yang mungkin dan jangan makan terlalu kenyang, agar senang untuk kita bangun untuk menunaikan qiamullai..

* Sekadar peringatan bersama dan sama-sama la kita ingat-mengingati antara satu sama lain.. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk i2 datangnya dari diri kami sendiri.. Namun hakikatnya Allah la pemilik segalanya..

Salam kemaafan dari kami semua...