WeLCoMe To The BloG...

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan??

Saturday, October 9, 2010

Assalamualaikum wtu...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.” (Riwayat at-Thabrani)

Dari hadis rasulullah ini dapatlah disimpulkan:
i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.
ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.
iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.
v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.
Secara kesulurunannya islam itu syumul dan meliputi semua aspek, bukan hanya dalam ekonomi bahkan dalam sosial dan politik jaga. Pada hakikatnya amalan islam itu ialah bermula dari kita tidur hingga kita tidur semula, kerana islam itu penuh dengan adap-adapnya yang tersusun rapi yang berlandaskan al-quran dan sunnah..
wasalam..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil fitri

Monday, September 20, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


assalamualaikum wtu.. Kami dari pihak G-Shop mengucapkan selamat manyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin dan selamat kembali ke kampus kepada seluruh umat islam di mana-mana jua anda berada dan kepada warga kal khususnya. alhamdulillah selelah bercuti di kampung dan ziarah menzirahi boleh lah kita mulakan sesuatu d bulan syawal ini terutamanya puasa 6.. setelah kita melakukan worming up pada bulan rejab dan syahban dan berlari pada bulan ramadhan, apa salahnya sekiranya kita ada kemampuan buatla pulak worming down di bulan syawal ini bagi menstabilkan kesihatan kita..

Renung-renungkan dan selamat beramail..

Sisa-sisa Ramadhan Ini..

Wednesday, September 1, 2010

Assalamualaikum w.t.u... Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bercuti kepada semua umat islam seluruh Malaysia amnya dan pelajar universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(UMSKAL)khususnya..

Pejam celik-pejam celik tanpa kita sedari kita sekarang berada di hujung bulan ramadhan dan hanya tinggal dalam tujuh atau lapan hari lagi kita akan meninggalkan bulan yang mulia ini.. Di saat ini marilah kita sama-sama koreksi diri masing-masing dan menghitung amalan kita.., Apa yang telah kita pertontotonkan kepada Allah? Adakah amalan kita da mencukupi?..(tepuk dada tanya iman)..

Sahabat-sahabat ku sekalian, selagi masa yang masih ada ini marilah kita meningkatkan amalan kita, kerana di fasa akhir ramadhan (fasa pembebasan dari api neraka) inilah Allah telah menyembunyikan sebuah rahsia yang sangat besar dari kita iaitu malam lai latul qadar,(subhanallah).. Semoga dengan usaha dan doa kita,InsyaAllah kita akan sama-sama bertemu dengan malam seribu bulan ini.. Oleh itu, berusahalah untuk tidur seawal yang mungkin dan jangan makan terlalu kenyang, agar senang untuk kita bangun untuk menunaikan qiamullai..

* Sekadar peringatan bersama dan sama-sama la kita ingat-mengingati antara satu sama lain.. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk i2 datangnya dari diri kami sendiri.. Namun hakikatnya Allah la pemilik segalanya..

Salam kemaafan dari kami semua...

Ess Blender

Saturday, August 21, 2010




Assalamualaikum...
Satu lagi produk yang dipasarkan di G-shop...Ess Blender
Hanya RM 2.00 untuk satu cup...marilah datang ke G shop untuk mendapatkannya...
InsyAllah, dahaga tu boleh dihilangkan dengan Ess Blender nie...hehe

"produk halal, tanggungjawab kita bersama"

DINAR DI MALAYSIA...

Friday, August 13, 2010

mata wang dinar...bilakah ianya akan digunakan sepenuhnya di Malaysia..?
praktikan sepenuhnya sistem kewangan islam...

"produk halal, tanggungjawab kita bersama"...

Label Baru Dadih



InsyAllah dalam masa terdekat dadih di G shop akan mempunyai label yang baru....
kini produk ini juga telah mempunyai nama tersendiri iaitu Tawajuh yang memberi maksud 'menghadapkan diri kepada kiblat'..
Rasanya semua mempunyai tafsiran masing-masing terhadap makna tawajuh tadi..
apa pun tafsiran anda,...sentiasa lah mengingatkan diri kita ini hanyalah hamba kepada Allah S.W.T...
harapnya dengan label baru ini dapat mengingatkan kita kepada 'mengekalkan diri kepada kiblat'...
selamat menghadapi bulan puasa dan datanglah berkunjung ke G shop bagi mendapatkan dadih tawajuh....

Assalamualaikum w.b.t

" produk halal, tanggungjawab kita bersama"...

Salam Ramadhan Al-Mubarakh...

Tuesday, August 10, 2010

Assalamualaikum w.b.t...
sekali lagi kita bertemu di dalam bulan suci ini....ramadhan al-mubarakh...
semoga dapat kita menunaikan puasa penuh dengan keyakinan yang jitu...

"mengapa kita ada dua telinga dan satu mulut..?"

agaknya..apa yang tersirat disebalik ayat ini..?sememangnya kita dapat menafsirkan berdasarkan ayat di atas ini dengan mudah...
ada sahabat - sahabat yang menafsirkan dengan berbunyi ..'dua telinga yang kita ada perlu digunakan untuk mendengar segala perkara...begitu juga mulut yang digunakan sebagai alat komunikasi yang mana mengeluarkan ayat-ayat yang gramatis..hehe'

itu adalah tafsiran yang baik...tapi ada juga yang menafsirkan bahawa ' jika mulut ada dua...maksudnya kita jadi kuat makan...nak puasa pon mungkin x tahan sebab nafsu makan sentiasa berada pada kedua-dua mulut...'
memang lucu tapi hakikatnya kita kena berpuasa dalam segala aspek dimana bukan sekadar menahan lapar dan dahaga...kita juga perlu menjaga diri kita daripada perkara - perkara yang boleh menyebabkan terbatal ibadah puasa kita...

akhir sekali...di sini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang berada di kampus supaya berkunjunglah ke gerai kami G-shop kerana kami telah menyediakan beberapa produk khas sempena bulan ramadhan ini...antaranya adalah rojak buah, laksa, tom yam, dadih, ice blended, dan pelbagai lagi...semuanya dalam harga yang berpatutan...

selepas berbuka...boleh lah kita menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak dan seterusnya solat sunat tarawikh...dan marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dengan menyertai kempen 'JOM KE MASJID' yang dianjurkan oleh sekretariat masjid al-hikmah...
sekian,...Assalamualaikum w.b.t.......